Tuesday, November 11, 2008

Luahan Hati

sejak kematian ibu aku rasa cukup kehilangan.waalupun aku tidak membesar dgn ibu namun disaat akhir hidup ibu,ibu byk bercerita tentang kisah silam , kisah sedih dan kisah suka namun terlalu byk kisah sedih yang ibu lalui sepanjang usia ibu...bila ku kenang kembali kisah ibu apakah aku mewarisi kisah sedih ibu disepanjang hidup ini?Kenapa ayah aku sentiasa menuduh ibu yg bukan2...walaupun aku tak tahu kisah sebenar namun aku yakin ibu tidak seperti yg ayah tiri aku tuduh...aku tahu kenapa ibu tidak menjaga aku sewaktu kecil...aku tidak salahkan ibu....aku anak yg ada penyakit mana bisa ibu menjaga aku sedangkan ibu sendiri tidak dijaga ....hati ibu sentiasa disakit...
aku masih belum boleh terima kenyataan yg ibu aku pergi dalam derita....aku telah berjanji akan membuat ibu senyum sebelum nafas terakhir namun impian aku tidak kesampaian....ibu pergi membawa derita bersamanya....pergi tanpa kasih dan cinta seorang suami....yang sepatutnya dia dapat setelah byk berkorban.....kenapa ibu mesti terima semua kepahitan itu sedangkan ibulah yg paling sukses dalam akademik berbanding adik-beradik yg lain.
kini aku dapat rasakan segala penderitaan ibu diwarisi oleh aku...namun aku masih boleh berbangga kerana aku ada cinta Mohammad Helmizy...
namun adik2 aku sentiasa menyusahkan diri ini....apakah kerana aku terlalu lembut hati?mereka mengambil kesempatan atau kerana status diri ini????tiada rasa hormat dari adik beradik?
Entahlah....Ya Allah...aku mohon dari MU makbulkanlah doa hambamu ini ....aku tahu KAU tahu apa yg ada dalam hati ini....

No comments: